Hi! Welcome Back and Stay Tune! Moral kanak-kanak turun ke tahap terendah jika sekolah ditangguh lagi, kata pakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Moral kanak-kanak turun ke tahap terendah jika sekolah ditangguh lagi, kata pakar


 

Pakar berkata, penangguhan sesi persekolahan untuk tempoh lebih lama boleh melemahkan asas pembelajaran pelajar, sekali gus menjejaskan prestasi mereka apabila melangkah ke sekolah menengah.

KOTA KINABALU: Pakar pediatrik berkata, pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi persekolahan tertangguh lagi bakal memberi kesan negatif ke atas pelajaran kanak-kanak.

Kew Seih Teck dari Universiti Malaysia Sabah berkata, penangguhan sesi persekolahan bakal menjejaskan emosi mereka, selain tahap motivasi serta moral akan turun ke tahap terendah.

Katanya, selepas mengharungi sesi pembelajaran secara atas talian hampir sepanjang tahun lalu, tahap pemahaman pelajar, khususnya yang berada di tahun dua hingga enam agak kurang dan sekiranya cara pembelajaran itu diteruskan lebih lama, ia bakal menjejaskan prestasi mereka.

”Kanak-kanak yang mahu masuk ke tahun satu bukan sahaja akan berasa hampa kerana tidak dapat berjumpa kawan atau cikgu baharu, malah mereka juga belum bersedia untuk belajar secara atas talian.

Kew Seih Teck.

”Sementara itu bagi pelajar yang akan naik ke tahun dua hingga enam, apakah yang telah mereka pelajari tahun lalu secara atas talian dan adakah ia akan berulang lagi?

“Mereka tidak dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan dan ini akan menjejaskan emosi, selain tahap motivasi dan moral akan turun ke tahap terendah,” katanya kepada FMT.

Kew berkata, asas pembelajaran yang tidak kukuh bakal menjejaskan pembelajaran kanak-kanak apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.

Selain itu katanya, persiapan bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) turut terjejas kerana tahap persediaan yang kurang memuaskan.

”Berkurung di rumah, belajar secara atas talian, bermain dengan telefon bimbit dan sebagainya akan menjejaskan pembelajaran, selain kesihatan mereka.

”Asas pembelajaran yang tidak kukuh di peringkat awal juga akan menjejaskan pembelajaran sekolah menengah dan masa depan mereka.

“Persiapan kurang memuaskan dalam kalangan pelajar yang berada di sekolah menengah, terutama yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM, akankan menjejas keputusan peperiksaan serta peluang kursus permintaan di peringkat universiti.

”Kesimpulannya, sistem pelajaran kita akan terjejas jika PKP berlanjutan ke satu tempoh yang agak lama,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Jan depan di seluruh negara berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.

KPM berkata, sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Katanya, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Jan ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.