Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trump Menghalang Jualan Cip Intel Kepada Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trump Menghalang Jualan Cip Intel Kepada Huawei


Dengan beberapa hari lagi berbaki kepada Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau dilihat terus menambah kepada senarai halangan dagangan terhadap syarikat Amerika Syarikat kepada China.

Terbaru, ia dilaporkan Reuters yang mana pentadbiran Trump kini menghalang jualan cip oleh Intel kepada Huawei. Beberapa syarikat sebelum ini telah diberikan lesen untuk terus menawarkan produk kepada Huawei – tetapi perlu melalui sebuah permohonan khas.

Dengan langkah ini, ia akan memberikan impak terhadap Huawei dalam mengeluarkan komputer riba mereka – sama ada untuk pasaran global, mahupun untuk pasaran China.

Selain daripada Intel, permohonan lesen oleh beberapa pihak untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan kepada Huawei juga dijangka tidak diluluskan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada halangan dagangan ini akan diteruskan oleh pentadbiran baru  di Amerika Syarikat yang akan berubah minggu ini.

Sebelum ini, Huawei telah menerima impak tinggi terhadap halangan dagangan ini, sekaligus membuatkan jualan peranti mereka merosot, dan mengakibatkan jualan Honor sebagai syarikat berasingan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.