Clubhouse Kini Mempunyai 10 Juta Pengguna Aktif Mingguan – Mula Melihat Kepada Versi Android
Clubhouse merupakan salah satu perkhidmatan sosial berasaskan audio dan perbualan suara yang semakin popular akhir-akhir ini. Ditawarkan terhad untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini, Clubhouse turut memerlukan jemputan sebelum anda dapat menyertainya.
Terbaru, pembangunnya mengatakan mereka mempunyai 10 juta pengguna aktif mingguan – memperlihatkan peningkatan drastik berbanding Januari lepas yang menyaksikan pengguna aktif mingguan sekitar 2 juta pengguna.
Selari dengannya, kini Clubhouse juga telah mula melihat kepada pembangunan aplikasi Clubhouse untuk Android. Buat masa ini, mereka hanya mengambil beberapa jurutera dan pembangun – dan proses pembangunan dijangka akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum ditawarkan kepada pengguna Android.
Selain Clubhouse, beberapa perkhidmatan lain turut ingin menawarkan ciri komunikasi dan sosial lebih kurang sama, termasuk Twitter sendiri yang sedang membangunkan Twitter Spaces.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment