Hi! Welcome Back and Stay Tune! RedMagic Watch Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RedMagic Watch Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi


Selain daripada peranti memfokuskan permua, Nubia juga salah satu pengeluar yang sedia hadir dengan penawaran sejumlah peranti boleh-pakai – antaranya seperti, Nubia Watch dan Nubia Alpha. Seperti yang kita tahu, Nubia juga kini dalam perancangan untuk hadir dengan satu lagi peranti boleh-pakai baharu – yang akan dikenali sebagai RedMagic Watch kelak. Ia sebelum ini telah tertiris melalui laman FCC dan kali ini diperlihatkan dalam poster rasmi pula.

Poster tersebut memperlihat rekaan dan sedikit sebanyak spesifikasi pada jam tangan ini. Ia dikatakan hadir dengan paparan bersaiz 1.39-inci dengan panel jenis AMOLED dengan resolusi 454 X 454 piksel – di mana merupakan resolusi standard yang biasa ditemui pada sesebuah jam tangan pintar.

Kemudian, ia juga dilihat menggunakan kerangka berasaskan logam bersama tali yang dipercayai diperbuat daripada silikon. Turut kelihatan, terdapatnya dua butang fizikal pada sisi muka jam dan salah satu daripadanya terdapat kemasan dengan garisan bewarna merah.

Dalam perkembangan berbeza, jam tangan ini turut didakwa telah tertiris dalam imej sebenar. Rekaan dilihat sepenuhnya sama seperti yang kelihatan pada poster rasmi. Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah jam tangan ini akan dilancarkan secara rasmi. Tetapi, kita boleh menyasarkan ia mungkin akan dilancarkan seiring dengan Nubia Red Magic 6 pada 4 Mac kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.