Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disney+ Kini Mempunyai 94.9 Juta Pelanggan Berbayar Selepas 14 Bulan Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disney+ Kini Mempunyai 94.9 Juta Pelanggan Berbayar Selepas 14 Bulan Dilancarkan


Disney+ telah mengumumkan ia kini mempunyai 94.9 juta pelanggan berbayar. Ini adalah peningkatan berbanding 86.8 juta langganan pada awal Disember lalu. Sebelum ini Disney meramalkan yang mereka boleh menerima 90 juta pelanggan berbayar dalam masa 5 tahun – iaitu 2024.

Tetapi baru sahaja 14 bulan dilancarkan, jumlah pelanggan Disney+ sudah menghampiri 95 juta. Disney+ juga akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi dan akan ditawarkan dalam bentuk Disney+ Hotstar. Di Malaysia misalnya Astro tidak akan lagi menawarkan saluran Disney XD bermula 1 Januari 2021.

Kebanyakan perkhidmatan penstriman sejak Covid-19 ini berjaya mencatatkan peningkatan di luar jangkaan. Satu-satunya perkhidmatan yang gagal ialah Quibi yang hanya mempunyai 45,000 pelanggan tahun 2020yang sudah pun menggulung tikar pada Disember tahun 2020.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.