Google Photos Kini Boleh Menyunting Video Dan Fungsi Suntingan Eksklusif Pixel Kini Ditawarkan Untuk Semua
Tahun lepas, Google mula mengemaskini Google Photos dengan menawarkan lebih banyak kemampuan suntingan. Kemudian, beberapa kemampuan suntingan juga dihadkan kepada pengguna Pixel dan pengguna berbayar Google One. Terkini, Google telah menawarkan kemampuan menyunting video pula terus dari aplikasi Google Photos.
Kemampuan menyunting video ini akan mirip sahaja dengan menyunting gambar. Ada pilihan crop, tambah penuras, ubah pencahayaan dan banyak lagi. Buat masa ini, suntingan video ini terhad kepada pengguna iOS terlebih dahulu dan akan tiba ke peranti Android di masa hadapan.
Kemudian fungsi menyunting gambar yang dihadkan kepada pengguna Pixel, iaitu Portrait Blur, Portrait Light, dan Color Pop ditawarkan kepada semua pengguna bukan Pixel. Tetapi untuk menggunakan fungsi suntingan ini, Google One harus dilanggan. Selain Google One, peranti Adnroid itun juga harus mempunyai memori paling kurang 3GB RAM dan menjalankan Android 8.0 Oreo sekurang-kurangnya.
Selain mod potret di atas, kemampuan mengubah langit, menambah fungsi HDR juga akan ditawarkan yang mana dikuasakan oleh sistem kecerdasan buatan sepenuhnya. Bagi yang ingin mencuba, pastikan muat turun Google Photos terkini dan langgan Google One.
Muat Turun Google Photos Di App Store
Muat Turun Google Photos Di Play Store
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment