Huawei FreeBuds 4i Dilancarkan – Sokong Pembatalan Hingar Aktif, Ketahanan Bateri Lebih Lama
Huawei sedia hadir dengan penawaran aksesori audio dalam pelbagai bentuk – sama ada berwayar, nirwayar atau neckband. Setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan dan perinciannya tersendiri. Terkini, mereka dilihat memperkenalkan Huawei FreeBuds 4i untuk pasaran China – di mana, merupakan pengganti kepada Huawei FreeBuds 3i yang dilancarkan sebelum ini.
Dari segi rekaan, ia kelihatan mirip dengan FreeBuds Pro dan masih mengambil inspirasi dari fon telinga yang dikeluarkan Apple – dengan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur. Tetapi tangkainya dilihat sedikit panjang. Fon telinga ini didatangkan dalam tiga pilihan warna – iaitu hitam, putih dan merah.
Seperti pendahulunya, Huawei FreeBuds 4i masih dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC) yang mampu mengurangkan bunyi bising persekitaran. Kemudian, fon telinga ini juga dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm dan setiap daripadanya disertakan dua mikrofon untuk sokongan panggilan lebih baik. Terdapat juga sokongan kawalan sesentuh untuk pengguna mengawal sejumlah tetapan – misalnya mainan muzik dan sebagainya.
Menurut Huawei, fon telinga ini boleh beroperasi selama 10 jam berterusan jika ANC dimatikan. Tetapi jika ANC digunakan, ia akan bertahan selama 7.5 jam sahaja. Spesifikasi lain termasuklah – pengecasan menerusi port USB-C dan tambatan pula dilakukan menerusi bluetooth 5.2 untuk sambungan yang stabil. Di China, Huawei FreeBuds 4i dijual pada harga RMB499 (~RM312).
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment