Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tolong baiki jalan kampung kami’, penduduk Tenom terjejas, hasil pertanian tersadai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tolong baiki jalan kampung kami’, penduduk Tenom terjejas, hasil pertanian tersadai


 

Keadaan jalan rosak di Kampung Pagoukon Makalias, Tenom menyukarkan pekebun kecil di situ menjual hasil pertanian mereka. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib puluhan petani dan pekebun kecil di Kampung Pagoukon Makalias, Tenom.

Ekonomi suram akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu menjejaskan kehidupan mereka.

Kini pekebun kecil terbabit menerima satu lagi tamparan – satu-satunya jalan utama di kampung itu rosak teruk, menyebabkan mereka tidak dapat menjual hasil tanaman masing-masing.

Usaha untuk mendapatkan pihak berwajib membaiki jalan berkenaan belum berhasil, menyebabkan hasil tani seperti pisang tersadai di kebun.

”Pembeli sukar untuk membeli hasil pisang kami kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan itu.

“Saya terpaksa berjalan kaki ke kebun kerana motosikal juga tidak dapat lalu.

”Sara hidup kami yang rata-rata bergantung kepada hasil jualan pisang yang amat terjejas sekali, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi teruk ketika ini,” kata Tumah Janip, 30.

Seorang lagi penduduk Saimon Sanduan, 45, berkata, walaupun jalan berkenaan adalah nadi ekonomi kampung, belum ada mana-mana pihak yang tampil memperbaikinya.

Jalan perhubungan utama yang sukar digunakan, terutama selepas hujan.

“Jalan itu bukan sahaja sangat becak setiap kali hujan, malah terdapat banyak lubang. Mana ada pembeli (hasil tani) sanggup lalu jalan berkenaan,” katanya.

Penduduk, Nicholas Gadit, 66, berkata, kira-kira 50 keluarga pekebun kecil menggunakan jalan itu untuk ke kebun mereka pada setiap hari.

Katanya, walaupun penduduk di kampung berkenaan sudah biasa dengan keadaan itu, tetapi kerosakan jalan berkenaan menjadi masalah besar bagi pekebun yang ingin menjual hasil tani mereka.

”Kebanyakan penduduk di Kampung Pagoukon Makalias adalah petani sepenuh masa dan pendapatan mereka bergantung kepada hasil tani.

”Kami memohon kepada pihak berwajib, termasuk kerajaan (negeri) agar mengambil perhatian terhadap permasalahan yang dihadapi kami ini,” katanya yang juga seorang pesara kerajaan.

Selain menanam pokok pisang, sebilangan mereka yang terjejas adalah juga pekebun kecil getah.

Keadaan jalan yang buruk itu menghalang pasukan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk ke kampung bagi membeli hasil getah mereka. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.