Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Tidak Akan Mempromosikan Video Reels Dengan Tera Air TikTok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Tidak Akan Mempromosikan Video Reels Dengan Tera Air TikTok


Terdapat terlalu banyak platform media sosial sekarang sehingga sukar untuk menguruskannya sekaligus. Antara langkah pendek yang diambil oleh pemilik akaun ialah sekadar mengitar semula kandungan untuk kesemua platform. Yang kerap dilihat ialah video TikTok yang dimuat naik semula ke Reels di Instagram.

Instagram telah mengeluarkan kenyataan terbaru menerusi akaun Creators yang menegaskan video Reels yang mengandungi tera air (watermark) TikTok tidak lagi akan dipromosikan di platform mereka. Dengan ini ia tidak lagi akan muncul dalam senarai sohor kini dalam aplikasi. Selain itu video yang beresolusi rendah, mempunyai bingkai yang besar dan ditutup dengan jumlah teks yang banyak juga tidak lagi akan dipromosikan di Reels.

Tindakan Instagram ini tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini mereka turut menghalang pautan ke laman media sosial pesaing turut dihalang dari diletakkan di bahagian biodata. Agak memalukan sebenarnya Reels yang ditiru dari TikTok kini tidak membenarkan video dari platform tersebut dimuat naik semula.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.