Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undang-undang anticerca pemimpin ‘lebih buruk’ daripada akta antiberita tidak benar, kata peguam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undang-undang anticerca pemimpin ‘lebih buruk’ daripada akta antiberita tidak benar, kata peguam


 

Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata, cadangan Senator Razali Idris untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menghalang perbuatan mencerca pemimpin merupakan undang-undang dua darjat.

PETALING JAYA: Cadangan supaya diwujudkan undang-undang baharu berhubung cercaan dan carutan terhadap pemimpin negara, termasuk perdana menteri ditolak peguam Haniff Khatri Abdullah.

Beliau berkata, cadangan undang-undang itu “lebih buruk“ daripada Akta Antiberita Tidak Benar yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak

“Zaman Najib dulu walaupun diserang pelbagai pihak dengan macam-macam cara, namun kerajaan tidak memperkenalkan undang-undang khas untuk melindungi pemimpin”,kata beliau.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) “lebih durjana” daripada kerajaan Najib dengan menerima cadangan itu.

“Kerajaan Najib hanya menggubal undang-undang antiberita tidak benar, tetapi undang- undang itu terpakai untuk semua orang bukan untuk melindungi pemimpin semata-mata.” (Undang undang itu dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2019).

“Sekarang Senator Razali Idris cadangkan undang-undang jangan cerca pemimpin, perdana menteri. Ini lebih zalim daripada undang-undang antiberita tidak benar.

“Cadangan beliau mengadakan undang-undang khusus yang menjadikan perbuatan mencerca pemimpin sebagai perbuatan jenayah,”katanya kepada FMT.

Hanif yang juga peguam kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan undang-undang yang berbeza untuk rakyat dan pemimpin dengan tujuan khusus untuk melindungi pemimpin adalah bertentangan dengan perlembagaan negara .

“Kerajaan tidak boleh meneruskan atau menjadikan keadaan lebih buruk dengan mewujudkan undang dua darjat.

“Tidak boleh wujud konsep atau undang-undang yang meletakkan pemimpin di atas rakyat dengan cara mengadakan undang- undang khusus, kononnya untuk menghalang cercaan atau hinaan terhadap pemimpin.

“Kalau kerajaan gubal undang-undang khusus untuk menghalang cercaan terhadap perdana menteri atau menteri, maka jelas kerajaan mengamalkan undang-undang dua darjat yang tidak sah dan salah di bawah Perkara 8 perlembagaan persekutuan.

“Tidak boleh ada undang-undang yang mengdiskiminasi antara rakyat dan pemimpin,” katanya.

Hanif berkata, cercaan dan carutan orang ramai di media sosial terhadap kerajaan sepatutnya mendorongnya memuhasabah diri , memperbaiki kelemahan selagi kritikan itu tidak membawa kepada jenayah, fitnah dan hasutan.

Beliau berkata, jika perbuatan itu melibatkan perbuatan jenayah, termasuk fitnah dan menghasut maka tindakan boleh dikenakan mengikut undang-undang sedia ada tanpa perlu memperkenalkan akta baharu.

“Undang-undang sedia ada cukup lengkap jadi kalaulah ada unsur jenayah seperti fitnah atau penghasutan, tindakan di bawah undang-undang yang sudah lama diguna paka boleh diambil,” katanya.

Razali yang juga pengerusi kaukus kesejahteraan Dewan Negara sebelum ini mendakwa cercaan, hasutan dan carutan oleh netizen di media sosial sudah menjadi “penyakit mental” nombor satu di negara ini dan memerlukan tindakan undang-undang lebih tegas dan agresif.

Katanya, satu rang undang-undang baharu berhubung perkara itu perlu diperkenalkan atau pindaan dibuat ke atas undang-undang sedia ada, iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Beliau yang juga timbalan presiden Majlis Senator Malaysia berkata, kaukus itu mengutuk keras tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sikap ekstrem, melampau dan tidak patriotik di media sosial terhadap institusi beraja, perdana menteri dan negara yang cenderung menjejaskan kesejahteraan rakyat. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.