iOS 14.5 Bakal Memudahkan Anda Nyah-Kunci iPhone Melalui Apple Watch Ketika Memakai Pelitup Muka
Salah satu cabaran pada ketika ini adalah untuk nyah-kunci iPhone melalui FaceID ketika sedang memakai pelitup muka. Apple kini cuba menawarkan alternatif kepada pengguna melalui iOS 14.5 yang ditawarkan kepada pembangun bermula hari ini.
Melalui iOS 14.5, ia menawarkan salah satu ciri menarik kepada pengguna iPhone yang turut menggunakan Apple Watch. Ketika dipautkan dan digunakan bersama, sekiranya Face ID mendapati anda sedang memakai pelitup muka, maka ia akan menggunakan ciri nyah-kunci melalui Apple Watch yang sedang anda gunakan.
Seperti biasa, anda perlu memastikan Apple Watch berada berdekatan dengan iPhone, dipakai pada tangan, dan dilindungi dengan sokongan kata laluan.
Untuk makluman, ciri seumpama ini telah ditawarkan untuk pengguna nyah-kunci Mac dengan pantas – dan kini diperluaskan kepada iPhone.
Apple juga akan meminta kata laluan secara rawak daripada anda untuk setiap jam, apabila ciri nyah-kunci melalui Apple Watch ini diaktifkan.
Ciri ini hanya untuk nyah-kunci iPhone sahaja. Untuk penggunaan Face ID bagi pembelian dan beberapa fungsi lain, anda masih perlu melakukan imbasan wajah untuk pengesahan.
iOS 14.5 ditawarkan kepada pembangun bermula hari ini. Versi akhir untuknya dijangka ditawarkan dalam masa beberapa minggu lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment