Spotify Kini Menawarkan Pelan Harian Pada Harga RM1.50, Pelan Mingguan Pada Harga RM4.90
Spotify kini dilihat telah menambah dua lagi pelan baharu untuk pengguna tempatan, iaitu pelan harian dan juga pelan mingguan.
Pelan harian ditawarkan pada harga RM1.50 sehari, sementara pelan mingguan pula ditawarkan pada harga RM4.90 seminggu. Ia boleh dikatakan sedikit mahal berbanding harga yang ditawarkan di Indonesia sebelum ini.
Kedua-dua pelan ini menggunakan pembayaran melalui syarikat telekomunikasi – sama ada kredit prabayar atau pascabayar anda. Tiada penawaran pembayaran melalui kad kredit atau debit untuk kedua-dua pelan ini.
Dengan ini juga, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat langganan sementara, dan menikmati penstriman muzik tanpa pengiklanan serta sokongan luar-talian. Sesuai untuk anda yang ingin hanya menikmati ciri ini sementara – sebagai contoh ketika keluar bercuti.
Disamping kedua-dua pelan ini, Spotify juga menawarkan pelan tahunan pada harga RM149.90.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment