Hi! Welcome Back and Stay Tune! KBS minta pertimbang kelonggaran untuk hampir 151 jenis sukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KBS minta pertimbang kelonggaran untuk hampir 151 jenis sukan


 

Kata Reezal Merican, KBS akan membawa cadangan tersebut ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membawa cadangan untuk pertimbangan meliputi hampir 151 jenis sukan lagi merangkumi acara “indoor”, “outdoor” dan sukan dalam air supaya diberi kelonggaran.

Menterinya, Reezal Merican Naina Merican menerusi catatan Facebooknya semalam berkata, pasukan KBS telah membuat penelitian dan akan mencadangkan lebih banyak aktiviti sukan, khususnya yang tidak melibatkan sentuhan fizikal, sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Beliau berkata, status beberapa negeri yang akan bertukar kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat dan perintah kawalan pergerakan pemulihan bermula esok akan membawa lebih banyak kelonggaran untuk sektor sukan, termasuk penganjuran kejohanan dan aktiviti yang boleh merancakkan lagi industri sukan.

“Insya-Allah, KBS akan terus berusaha meyakinkan kerajaan untuk membuka lebih banyak sektor sukan secara selamat dan berfasa dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Usaha memerangi (wabak) Covid-19 perlu diteruskan dan kita sama-sama harus memainkan peranan dalam komuniti sukan untuk mengimbangi kesejahteraan hidup dengan kelangsungan ekonomi,” kata beliau.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa di kawasan PKP yang masih berkuat kuasa iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ketika ini, hanya 10 jenis sukan dibenarkan secara terhad dan dalam kawalan seperti diumumkan minggu lalu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.