Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua polis Putrajaya nafi terlibat anjur majlis langgar SOP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua polis Putrajaya nafi terlibat anjur majlis langgar SOP


 

Ketua Polis Putrajaya Mohd Fadzil Ali menafikan terlibat dalam penganjuran majlis yang melanggar SOP di kawasan perumahan di Presint 8 semalam.(Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial bahawa beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini, semalam.

Beliau berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, dan pemilik rumah berkenaan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan itu, namun ia tidak ada kena mengena dengan saya seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Saya hadir di rumah itu lebih awal selepas menerima laporan mengenai penganjuran majlis itu, dan mengarahkan anggota untuk mengeluarkan kompaun terhadap tuan rumah kerana melanggar SOP PKP,” katanya.

Semalam sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah di Presint 8 di sini, mengadakan majlis yang dihadiri lebih 10 individu tular di laman sosial, selain mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.