Butiran Temujanji Imunisasi COVID-19 Akan Diberi Dua Minggu Sebelum Suntikan
Rakyat Malaysia kini mempunyai beberapa pilihan untuk menempah temujanji suntikan imunisasi COVID-19, termasuklah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, laman web vaksinasi COVID-19 Malaysia dan juga talian bebas tol.
Hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 mengumumkan bahawa rakyat Malaysia akan menerima butiran temujanji vaksinasi mereka dua minggu sebelum tarikh temujanji suntikan tersebut, termasuklah dengan lokasi yang perlu mereka pergi untuk mendapatkan suntikan tersebut.
Fasa pertama imunisasi COVID-19 telahpun bermula untuk petugas barisan hadapan telahpun bermula, dan fasa kedua untuk warga emas bakal bermula pada bulan April kelak. Untuk rakyat yang lain, ia dijangka bermula pada bulan Mei ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment