Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Memintas Huawei Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Dengan Pasaran Terbesar Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Memintas Huawei Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Dengan Pasaran Terbesar Di China


Sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah nasib yang menimpa Huawei yang hanya beberapa tahun yang lalu menanti masa sahaja sebelum boleh merampas takhta pengeluar telefon pintar nombor satu dunia. Halangan perdagangan benar-benar mengganggu perniagaan telefon mudah alih mereka di peringkat global tetapi kini ia mula menunjukkan kesan kepada pasaran tempatan mereka pula.

Menurut laporan Counterpoint Research, Oppo telah berjaya memintas Huawei sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu untuk pasaran China. Pada suku pertama 2021, mereka memegang 21% pasaran diikuti pula oleh Vivo dengan 20% pasaran. Huawei turut ke tangga ketiga duduk sama rendah
dengan Apple dan Xiaomi masing-masing dengan 16% pegangan pasaran.

Peratusan pegangan pasaran Huawei terjejas pada suku yang lalu kerana Honor telahpun dijual. Gabungan jualan kedua-dua jenama selama ini membantu Huawei menjadi pengeluar yang dominan di China.

Tahun ini akan menjadi tahun yang lebih mencabar berbanding 2019 dan 2020 buat Huawei. Pengasas mereka sendiri berkata Huawei kini perlu mengeluar peranti kelas pertama menggunakan komponen kelas ketiga.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.