Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disyaki langgar SOP, polis kesan penganjur, tetamu pertunjukan fesyen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disyaki langgar SOP, polis kesan penganjur, tetamu pertunjukan fesyen


 

Polis juga akan melakukan semakan daftar kehadiran semua tetamu dan penganjur melalui aplikasi ‘MySejahtera’.

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap penganjur pertunjukan fesyen jenama tempatan kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Semakan polis ke atas rakaman video yang tular di media sosial berkenaan acara itu menunjukkan semua tetamu yang hadir melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mashariman Ku Mahmood.

“Penganjur juga memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dianggarkan dihadiri kira-kira 50 tetamu (yang) tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

“Polis IPD Petaling Jaya sedang mengesan penganjur dan tetamu yang hadir untuk siasatan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ku Mashariman berkata, pihaknya juga akan melakukan semakan daftar kehadiran semua tetamu dan penganjur melalui aplikasi “MySejahtera”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.