Realme Narzo 30A Dengan Cip MediaTek Helio G85 Kini Di Malaysia – Harga Serendah RM499
Seperti yang dijanjikan, Realme Narzo 30A akhirnya diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM599 untuk sebuah dan terdapat dua pilihan variasi warna menarik seperti Laser Black serta Laser Blue.
Jualan pertama akan bermula pada 4 April 2021, jam 12 tengah malam dan anda boleh mendapatkannya pada harga lebih rendah iaitu RM499 sahaja. Mesra diiingatkan harga promosi ini bagaimanapun terhad ketika jualan pertama sahaja menerusi laman Shopee.
Untuk spesifikasi khusus, Realme Narzo 30A dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Selain daripada cip MediaTek Helio G85, ia juga dibantu oleh memori 4GB RAM, GPU Mali-G25, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 18W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + sensor B&W, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, antaramuka Realme UI berasaskan Android 10 dan sebagainya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment