Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Langganan Disney+ Hotstar Di Malaysia Mungkin RM89.90 Setahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Langganan Disney+ Hotstar Di Malaysia Mungkin RM89.90 Setahun


Perang platform penstriman masih lagi berlaku. Di Malaysia ada banyak platform penstriman menarik seperti Netflix, Apple TV+, Viu, Mubi, Prime Video dan banyak lagi. Satu yang masih dinanti-nantikan adalah Disney+. Disney+ adalah platform di mana semua majoriti kandungan yang dipegang Disney boleh distrim.

Tetapi bagi mengelakkan sebarang isu, Disney+ di Malaysia akan ditawarkan dalam bentuk Disney+ Hotstar – iaitu platform penstriman yang lebih memfokuskan kandungan asli Disney dan mempunyai kandungan yang lebih terhad berbanding Disney+ asal. Mungkin sebab itu Astro tidak lagi menawarkan saluran Disney XD? Selepas laman Instagram dan Facebook Disney+ Hotstar diacah, ia terus hilang dari radar dan menimbulkan persoalan bilakah ia akan dilancarkan?

Dengan sifat yang ingin tahu, saya cuba mencari fail APK Disney+ Hotstar dan pasang pada peranti Android. Menariknya, walaupun aplikasi tidak habis memuat – nombor telefon Malaysia sudah boleh didaftarkan. Bukan itu sahaja, butiran harga, promosi, terma dan syarat juga dilihat didedikasikan untuk pengguna tempatan. Kadang-kadang ia berjaya memuat kadangkala tidak. Paling mengejutkan adalah harga langganan yang tertera, iaitu RM89.90 setahun.

Dengan banyak kandungan menarik dan harga sekitar RM7.50 sebulan, Disney+ Hotstar pasti akan menarik perhatian orang ramai. Pelancaran pasti sudah dekat, oleh itu sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.