Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A.S Menurut FCC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Adalah Antara Lima Syarikat Yang Mengancam Keselamatan A.S Menurut FCC


Adakah dengan pelantikan Joe Biden nasib Huawei akan berubah? Jawapannya setakat ini ialah tidak dengan pentadbiran beliau ingin meneruskan halangan perdagangan yang dikenakan ke atas gergasi telekomunikasi dunia ini. Terkini pihak Suruhanjaya Komunikasi Kebangsaan Amerika Syarikat (FCC) menyenaraikan lima syarikat yang dikatakan mengancam keselamatan negara.

Huawei Technologies Co, ZTE Corp, Hytera Communications Corp, Hangzhou Hikvision Digital Technology Co dan Zhejiang Dahua Technology Co. adalah lima syarikat tersebut. Dengan wujudnya senarai ini, kelengkapan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini tidak boleh digunakan pada infrastruktur telekomunikasi generasi akan datang kerana membahayakan keselamatan Amerika Syarikat dan juga rakyatnya.

Huawei dua tahun lalu menyaman kerajaan A.S kerana tindakan memasukkan mereka ke dalam senarai entiti dikatakan tidak berasas. Sehingga kini menurut Huawei tidak bukti dikemukakan bahawa mereka melakukan intipan bagi pihak Beijing.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.