Xiaomi Akan Melancarkan Pengecas 200W Tahun Ini
Sheila On 7 pernah berkata “Seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu
Cukup indahkah dirimu untuk selalu ku nantikan?”. Walaupun lagu dicipta untuk kekasih ia turut boleh digunakan untuk sistem pengecasan yang digunakan pada telefon pintar. Kini pengecasan 65W sudah menjadi standard tetapi akan menjadi lebih pantas pada tahun ini.
Peniris maklumat dari China, Digital Chat Station kini mengatakan Xiaomi akan melancarkan sistem pengecasan berwayar pantas dengan kuasa 200W pada separuh kedua 2021. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding 120W pada Mi 10 Ultra yang mereka perkenalkan tahun lalu.
Selain pengecasan berwayar pantas, sistem pengecasan nirwayar pantas dan bateri berkapasiti 5000 mAh yang boleh menyokongnya turut sedang dibangunkan. Adakah anda bersedia untuk pengecasan yang lebih pantas dari yang anda nikmati sekarang oleh Xaomi?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment