Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biar polis siasat, jangan belasah orang melulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biar polis siasat, jangan belasah orang melulu


 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata demikian ketika mengulas insiden seorang pemandu kereta berusia 18 tahun yang cedera dibelasah orang awam selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang wanita.

JOHOR BAHRU: Polis menasihati orang awam supaya tidak terburu-buru bertindak sehingga melanggar undang-undang seperti membelasah pemandu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata demikian ketika mengulas insiden seorang pemandu kereta berusia 18 tahun yang cedera dibelasah orang awam selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang wanita.

Kemalangan berlaku di persimpangan ke Kong Kong dan Seri Alam dekat Jalan Taman Cendana pada jam 3 petang kelmarin membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Sekumpulan pengguna jalan raya dikatakan bertindak agresif dengan memukul pemandu kereta terbabit sehingga cedera di kepala, kaki kanan, patah hidung, tulang pipi, jari manis dan jari kelingking.

Mohd Sohaimi berkata, orang awam perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan termasuk dalam kes kemalangan jalan raya.

“Kami menasihatkan orang ramai tidak bertindak sendiri sebaliknya menyerahkan kepada polis menjalankan tugas serta mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal perempuan berusia 38 tahun cedera parah pada kepala, kaki dan tangan manakala pemandu kereta tidak cedera.

Mohd Sohaimi berkata, wanita terbabit dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala pemandu kereta dirawat di Hospital Columbia Asia.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, susulan itu pihak polis membuka kertas siasatan susulan tindakan orang awam terbabit memukul pemandu kereta dan beberapa mangsa lain, mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.