Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak lemas, terjatuh dalam lubuk di sawah padi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak lemas, terjatuh dalam lubuk di sawah padi


 

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Nanda Maarof berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohamad Amir Faris sedang berbasikal bersama-sama adik lelakinya yang berusia lapan tahun dan kawan perempuan mereka berumur 11 tahun sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam lubuk berkenaan.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu mangsa namun mangsa tenggelam sebelum berjaya ditarik keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.