Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 100,000 pengguna di Sabah, Labuan terjejas bekalan elektrik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 100,000 pengguna di Sabah, Labuan terjejas bekalan elektrik


 

Sabah Electricity Sdn Bhd berkata, jumlah pengguna terjejas bekalan elektrik melibatkan 18% daripada keseluruhan pengguna syarikat dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang semalam. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik susulan belantik serentak yang berlaku di beberapa penjana kuasa bebas (IPP) di Sepanggar di sini, lewat petang semalam.

Pengurus besar kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata, jumlah pengguna terjejas melibatkan 18% daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang itu.

Beliau berkata, gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu seperti di Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.

“Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.

Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam,” katanya malam tadi.

Beliau berkata, satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian dan kaedah mitigasi diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.