Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki didakwa beri anak minum racun rumput serah diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki didakwa beri anak minum racun rumput serah diri


 

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman, kata polis.

BEAUFORT: Seorang lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anak perempuannya berusia lima tahun minum racun rumput akhirnya menyerah diri hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, lelaki berusia 43 tahun terbabit menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada 9.40 pagi selepas menghilangkan diri sejak 16 Mei lalu.

Suspek bagaimanapun tidak mengaku memberi mangsa minum racun, malah menyatakan tuduhan itu adalah fitnah terhadapnya, kata Yusoff.

“Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap suspek dan pihak polis akan membawa lelaki terbabit ke Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman.

“Suspek turut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk ujian saringan air kencing,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Yusoff berkata, pihaknya sebelum ini turut merampas satu botol mineral 500ml jenama Sasa dan satu botol racun rumpai jenama Zagro Pounce 410 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, lelaki terbabit didakwa memberi anaknya minum kopi bercampur racun selepas bertengkar dengan isterinya dalam kejadian di Kampung Bundu, Kuala Penyu.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku selepas suspek marah kepada isterinya yang mahu pulang ke kampung di Keningau bersama anak-anak.

“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun,” kata Yusoff pada masa itu.

Tidak cukup dengan itu, tambah Yusoff, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya itu ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.