Hi! Welcome Back and Stay Tune! LRT laluan Kelana Jaya kembali operasi seperti biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LRT laluan Kelana Jaya kembali operasi seperti biasa


 

LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini, dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma.

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pagi ini mengumumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi, dengan menggunakan satu landasan disokong perkhidmatan bas perantara percuma.

Prasarana dalam kenyataan awal hari ini, berkata kekerapan tren adalah setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu selainnya, serta pengurangan kapasiti kepada 50% susulan langkah lebih ketat dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, penumpang dijangka perlu menunggu lebih lama sedikit daripada biasa.

“Lima perantara dua tingkat percuma, dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit, turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 penumpang dilapor mengalami cedera ringan malam tadi dalam perlanggaran dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya.

Kedua-dua tren dilaporkan bertembung pada kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, dilaporkan berkata tren dari Gombak membawa 213 penumpang, manakala tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren LRT berkenaan.

Prasarana turut menjelaskan kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara stesen Pasar Seni sehingga stesen Ampang Park untuk memantau, membantu memudahkan pergerakan penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.

“Prasarana juga telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Menurut kenyataan itu lagi, Prasarana kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terbabit dalam insiden malam tadi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

Pengguna perkhidmatan Rapid KL boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.