Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lokman Adam ditahan polis lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lokman Adam ditahan polis lagi


 

Lokman Adam berkata beliau ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam sekali lagi ditahan polis mengikut Ordinan Darurat, semalam.

Menerusi Facebook Lokman, beliau mengesahkan ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Malam ni besar kemungkinan saya akan terus ditahan di sini (balai polis) dan esok akan dibaca untuk dapatkan penahanan reman di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi,” katanya di Facebook.

Lokman turut meminta sahabat dan rakan seperjuangan beliau mendoakan kesejahteraannya dan berharap dibebaskan segera untuk bersama keluarga menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan Lokman.

“Dia (Lokman) ditahan (petang semalam) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Bulan lalu, Lokman menjadi ahli politik pertama ditahan polis di bawah Ordinan Darurat.

Beliau ditahan bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya mengenai kematian pegawai polis, Shariman Saidin pada 3 April lalu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.