Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKP: Tiada lawatan khas keluarga penghuni penjara sempena Aidilfitri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKP: Tiada lawatan khas keluarga penghuni penjara sempena Aidilfitri


 

Menurut Jabatan Penjara, lawatan perjumpaan melalui kaedah sidang video itu hanya dibenarkan kepada keluarga penghuni yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan sahaja.

KUALA LUMPUR: Lawatan khas keluarga penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di semua institusi penjara dibatalkan, berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuat kuasa esok hingga 7 Jun ini.

Berikutan itu Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menyediakan kemudahan sidang video melalui e-mel jabatan (Icewarp) bermula 15 Mei (Sabtu) hingga 7 Jun.

“Tempoh ini lebih lama daripada tempoh perjumpaan yang dijadualkan sebelum ini (iaitu lima hari). Lawatan perjumpaan melalui kaedah tersebut (Icewarp), hanya dibenarkan kepada keluarga penghuni yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan sahaja.

“Tempahan boleh dibuat bermula hari ini melalui dua kaedah iaitu, panggilan telefon di institusi berkenaan dan emel, atau menghantar surat ke institusi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Seterusnya, pihak penjara akan menetapkan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa perjumpaan maksimum selama 15 minit, bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan.

“Bagi memberi peluang kepada semua keluarga penghuni, perjumpaan untuk setiap penghuni hanya dibenarkan sekali sahaja. Penghuni juga dibenarkan menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan, untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara meminta keluarga penghuni supaya mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu menerusi laman sesawang, www.prison.gov.my. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.