Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKD Hulu Langat nafi mesej pemberian vaksin kepada penerima sukarela untuk slot kosong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKD Hulu Langat nafi mesej pemberian vaksin kepada penerima sukarela untuk slot kosong


 

Tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang PKD Hulu Langat kononnya meminta orang ramai mencari pesakit yang sukarela untuk bersedia sekiranya terdapat kekosongan slot vaksinasi berikutan ketidakhadiran penerima vaksin lain. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat menafikan mengeluarkan sebarang mesej yang menawarkan pemberian vaksin kepada penerima sukarela jika terdapat kekosongan slot vaksinasi tanpa mematuhi saluran yang ditetapkan, sekiranya penerima berdaftar tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Bangi.

PKD itu menerusi kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam menegaskan bahawa mesej itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya mahu pun Pusat Pemberian Vaksin.

Sehubungan itu pihak PKD Hulu Langat meminta orang ramai agar tidak menyebarkan mesej yang dimaksudkan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang PKD terbabit kononnya meminta orang ramai mencari pesakit yang sukarela untuk bersedia sekiranya terdapat kekosongan slot vaksinasi berikutan ketidakhadiran penerima vaksin lain. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.