Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raya PKP: Tukang songkok kembali sengkang mata demi penuhi permintaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raya PKP: Tukang songkok kembali sengkang mata demi penuhi permintaan


 

Bertempat di Kampung Losong, Kuala Terengganu, Adnan Husain mula menjahit songkok pada 1983 di premis kecil yang diberi nama Songok Warisan.

KUALA TERENGGANU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu menjejaskan periuk nasi seorang tukang songkok di daerah ini.

Namun, tahun ini sedikit berbeza bagi Adnan Husain, 65, yang boleh menarik nafas lega apabila perniagaan yang diwarisi ayahnya sejak 40 tahun lalu itu mendapat permintaan.

Biarpun suasana Aidilfitri kali ini diraikan dalam norma baharu, sama seperti tahun lepas, tempahan songkok diterimanya jauh lebih baik berbanding tahun lalu.

“Kalau ikut sebelum pandemik ini, jualan songkok boleh cecah sekitar RM8,000 hingga RM9,000 setiap kali bulan puasa. Tetapi, tahun lepas hanya boleh dapat sekitar RM2,000 saja.

“Alhamdulillah, tahun ini walaupun PKP dan orang pula tak semangat beraya, tapi saya boleh katakan, permintaan meningkat bersempena hari raya ini,” katanya ketika ditemui FMT di premisnya di Kampung Losong.

Setiap songkok dihasilkan Adnan menggunakan kain pelapik dan dibalut dengan kain baldu yang diimport dari luar negara sebelum dijahit dengan penuh teliti.

Setiap songkok dihasilkan dengan teliti bagi memastikan ia tahan lama, termasuk dari segi jahitan sembat dan potongan kain pelapik, menjadikan ia berbeza dengan buatan kilang.

Keselesaan kepada si pemakai hasil tangan beliau menyebabkan Songkok Warisan mendapat tempat di hati pelanggan sehingga ke hari ini.

“Dalam sehari biasanya saya boleh siapkan 5 songkok dan saya akan balik sekitar 12 tengah malam atau 1 pagi,” katanya.

Sebelum ini, Adnan kerap menerima tempahan daripada orang kenamaan, malah kerabat diraja termasuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2002.

Keaslian dan ketelitian hasil sentuhan tangan Adnan dalam menghasilkan songkok yang ditempah pelanggan itu hanya menggunakan mesin jahit lama.

Harga songkok bermula daripada RM50 hingga RM150 mengikut saiz, ketinggian, dan jenis kain baldu yang digunakan.

Ditanya mengenai bekalan kain baldu import yang dipesan khas dari Pulau Pinang, Adnan bimbang kerana kilang pembekal kain baldu itu sudah memaklumkan mengenai penutupan syarikat itu berikutan PKP.

“Tahun depan saya mungkin tak dapat tempah lagi stok kain baldu dari kilang itu sebab mereka sudah umum nak tutup kilang disebabkan PKP,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.