Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syahdu Syawal ibu di kampung, doa buat anak tak lekang di bibir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syahdu Syawal ibu di kampung, doa buat anak tak lekang di bibir


 

Gambar Mariam Omar di anjung rumah, mengenang anak di perantauan yang menjadi perhatian warganet.

PETALING JAYA: Tahun kedua sambutan Aidilfitri PKP diselangi rasa rindu, bagi ibu bapa di kampung, doa buat anak-anak yang berada perantauan tidak lekang di bibir mereka.

Mariam Omar, 62, dari Felda Kemelah di Segamat, Johor berkata Syawal kali ini disambut sederhana tanpa semua anaknya dan cucu-cucu.

Gambar Mariam, atau lebih mesra dipanggil Mak Tok, tular di media sosial baru-baru ini. Gambarnya itu diambil oleh salah seorang anak yang tinggal berdekatan, ketika beliau termenung seorang diri di anjung rumah.

Ibu kepada 11 orang anak ini ketika itu amat merindui suasana riuh dan meriah apabila semua orang kesayangannya berkumpul di rumahnya.

“Selalunya waktu raya begini dah riuh dengan keletah anak dan cucu,” kata Mak Tok kepada FMT. “Setiap kali selesai sembahyang raya kami anak beranak berkumpul buat bacaan tahlil kepada arwah (ahli keluarga) yang telah tiada.”

“Tetapi makcik redha, makcik berdoa semoga mereka selamat dan dijauhkan dari penyakit.”

Saidah Ahmad tidak dapat menahan sebak merindukan anak-anak yang tidak pulang beraya.

Syawal kali ini sangat memberi kesan kepada Saidah Ahmad, 55, dari Bidor, Perak, yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, ditambah pula anak-anak yang bekerja di Putrajaya dan Negeri Sembilan tidak dapat pulang lantaran rentas negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

Berharap kepulangan anak-anak menjadi pengubat duka, ibu kepada empat orang cahaya mata ini cuba untuk bertabah, ketika pihak berkuasa masih belum membenarkan anak perantau pulang ke kampung.

“Makcik baru meninggal mak, memang harap sangat anak dapat balik, tetapi tak dapat,” luahnya dalam nada sayu.

“Kalau rindu makcik telefon mereka. Makcik cuba sabar juga. Anak-anak sentiasa dalam doa makcik, harap mereka semua sihat.”

Latifah Saad berkata segala persiapan untuk raya sudah tersedia, tapi ‘last minute’ anak-anak tidak dapat pulang kerana larangan rentas negeri.

Latifah Saad, 64, seorang ibu tunggal di Bidor, berkongsi dengan FMT bahawa beliau sebenarnya sudah menyiapkan semua makanan yang diinginkan oleh anak-anaknya pada Syawal ini.

Malah, mereka sekeluarganya membuat persiapan untuk Aidilfitri sebelum Ramadan lagi.

“Ingat tahun ini dapatlah beraya bersama, anak-anak dah siap minta nak buat lemang, buat ketupat sama-sama…semua itu makcik dah siapkan, kuih raya pun sebelum puasa lagi makcik dah tempah.”

“Anak-anak pun dah minta cuti awal, tapi tiba-tiba ‘last minute’ umum tak boleh rentas. Menangis anak-anak telefon tak dapat balik raya,” ujar ibu kepada tiga orang anak ini.

Kerajaan mengekalkan larangan rentas negeri kerana lebih lebih 13 kluster akibat merentas negeri dilaporkan di beberapa negeri sejak April. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.