Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah duduk dalam kerajaan, apa Hadi buat, soal pemimpin Amanah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah duduk dalam kerajaan, apa Hadi buat, soal pemimpin Amanah


 

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH.

PETALING JAYA: Nasihat Abdul Hadi Awang supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan muslihat tanpa sempadan Pakatan Harapan (PH) ibarat berkata kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana beliau bernaung ketika ini, kata pemimpin Amanah.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Presiden PAS itu umpama “membutakan mata” terhadap luahan dan amarah anak muda terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Hadi) ketinggalan bas, sebab saya rasa tindakan anak muda hari ini meluahkan #kerajaangagal di media sosial (ditujukan kepada) siapa. Jangan tersalah baca,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hadi dalam satu kenyataan mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH dalam manifesto pilihan raya umum lalu (PRU14).

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, kerakusan PH terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, orang muda pada hari ini mulai sedar sikap hipokrit PAS dan menolak parti itu kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Semua perkara yang menjadi modal untuk menyerang PH dahulu tidak ditunaikan ketika duduk dalam kerajaan. Mana perginya RUU 335 yang hebat dicanang ketika duduk di kerusi pembangkang?

“Lebih baik dia lihat rekod dia sendiri dan cermin diri,” katanya yang menyifatkan Hadi sebagai pemimpin Islam yang membawa imej tidak baik bagi agama kerana sering menggelarkan individu lain dengan gelaran binatang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Ithnin berkata, PAS umpama menidakkan hakikat bahawa mereka adalah tunjang kepada kerajaan gagal pada hari ini.

“Dengan sekalian banyak rekod buruk mereka sendiri tak tertanggung, tak malukah nak komen tentang orang lain? Nasihat saya buat Presiden PAS, cerminlah diri dulu,” tegasnya.

“PAS ni kadang-kadang cermin dah depan muka pun tak tahu nak cermin diri. Sebelum nak ingatkan orang muda, Presiden PAS sedar tak sekarang ni orang muda dah nampak dengan jelas sifat hipokrit PAS setelah jadi kerajaan?”

Sementara itu, Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata, nasihat Hadi kepada generasi muda seperti “tidak serupa bikin” kerana kelulusan mengundi bagi umur 18 tahun disekat oleh menterinya sendiri.

“Kenapa PAS dan kerajaan PN menyekat kelulusan umur 18 tahun untuk mengundi? Anak muda mohon jawapan ini dahulu sebelum mereka dinasihati. Buat apa dinasihati kalau dihalang daripada mengundi?” soalnya.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh menyatakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan pada 1 Sept 2022.

Penangguhan ini susulan situasi semasa negara ketika ini yang masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.