Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasar penempatan Bukit Malut akan diteliti semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasar penempatan Bukit Malut akan diteliti semula


 

Perbincangan telah diadakan bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung perkara itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai dasar penempatan Bukit Malut sedia ada. (Gambar Bernama)

LANGKAWI: Dasar berhubung penempatan di Bukit Malut, di sini yang dikaitkan dengan majoriti penduduknya pendatang dari Myanmar akan diteliti semula, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata satu perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara itu telah diadakan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai dasar penempatan sedia ada.

“Kita sedang berbincang dengan MKN tentang polisi penempatan yang sebenarnya kerana di zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini sejak zaman Dr Mahathir Mohamad mula-mula menjadi Perdana Menteri, lain polisinya; kemudian bila bertukar kerajaan lagi lain polisinya.

“Oleh itu kita perlu mengeluarkan satu polisi yang sebenar untuk memastikan selepas ini tidak ada lagi bertukar-tukar polisi,” katanya pada sidang media di kompleks kementerian itu selepas membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan, di sini.

Mac lalu, kerajaan Kedah menggesa MKN agar segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu penempatan di Bukit Malut, Langkawi yang majoritinya dikaitkan dengan pendatang dari Myanmar.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini memaklumkan isu itu semakin “parah” berikutan bilangan rumah yang dibina di kawasan itu semakin bertambah.

Sementara itu Hamzah berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi menyediakan pelekat yang tertera maklumat mengenai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di seluruh negara.

“Pelekat berkenaan akan ditampal pada bot nelayan untuk mereka mengetahui semua nombor telefon Maritim Malaysia sekiranya mereka berada di tengah laut, dan (apabila) mempunyai masalah atau kecemasan boleh telefon APMM. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.