Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi banyak pusing, lagi jelas nampak kamu salah, kata Pemuda PH kepada Pemuda PN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi banyak pusing, lagi jelas nampak kamu salah, kata Pemuda PH kepada Pemuda PN


 

Ketua Pemuda PH Shazni Munir berkata, pihaknya tidak melihat titah Agong selari dengan iltizam kerajaan PN, seperti yang dinyatakan Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin.

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) meminta seterunya dari Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti bersikap apologetik dan mengakui teguran Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti kegagalan Putrajaya memerangi wabak Covid-19.

Ketuanya, Shazni Munir berkata kepada FMT, pelbagai alasan yang diberikan hanya mendedahkan lagi kelemahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, dan menyebabkan ramai rakyat menjadi mangsa.

“Lagi banyak pusing dan ‘konar baring’, lagi jelas nampak kamu salah,” katanya.

Shazni mengulas kenyataan Pemuda PN yang menyifatkan titah Agong berhubung keutamaan yang harus diberikan kepada nyawa dan kehidupan rakyat adalah selari dengan iltizam kerajaan PN.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dilaporkan berkata, ia bertepatan dengan pengumuman Pelan Pemulihan Negara yang membuktikan satu gerak kerja inklusif dan ditambah baik dalam usaha strategi keluar negara daripada wabak Covid-19.

“Pemuda PN akan terus mengamalkan politik khidmat bakti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Shazni berkata, pihaknya tidak melihat titah Agong itu selari dengan iltizam kerajaan hanya dengan bersandarkan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan sehari sebelum titah diraja.

“Saranan beliau (Khairil Nizam) bahawa kerajaan perlu memberikan banyak bantuan kepada rakyat itu sendiri jelas menunjukkan bahawa teguran Agong kepada kerajaan pimpinan Mahiaddin (Muhyiddin Yassin) sangat berasas.

“Hakikatnya kerajaan memang telah gagal menangani wabak ini sungguh pun negara dalam keadaan darurat,” kata Shazni, yang juga Ketua Pemuda Amanah.

Shazni turut mempersoalkan kegagalan kerajaan dalam melindungi rakyat, antaranya masih mengekalkan birokrasi pemberian vaksin walaupun banyak cadangan untuk mempermudahkannya dikemukakan.

“Berkajang hujah diberikan untuk melaksanakan moratorium kepada M40, apa yang kerajaan telah buat? Bantuan tunai kepada peniaga kecil yang terjejas, sudah masuk fasa 2 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 pun, ada kerajaan kisah?

“Itu tak termasuk lagi ratusan ribu penganggur yang kereta akan ditarik dan rumah bakal dilelong, adakah sebarang langkah berkesan daripada kerajaan?” soalnya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.