Hi! Welcome Back and Stay Tune! Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Premis jual-beli produk sawit ‘haram’ buang selori minyak hitam dalam sungai


 

Hasil siasatan mendapati minyak dilepaskan dari satu tangki sebuah lori tangki dalam kawasan premis.

PETALING JAYA: Sebuah premis tanpa lesen perniagaan di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor, dikesan membuang sisa industri ke dalam sungai.

Susulan aduan orang awam, premis terbabit diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Pasir Gudang hari ini, dan hasil siasatan mendapati minyak dilepaskan dari satu tangki sebuah lori tangki dalam kawasan premis.

JAS Johor berkata, pihak premis berkenaan diarahkan serta-merta menjalankan pembersihan tumpahan minyak tersebut.

“JAS telah menjalankan siasatan di sepanjang Sungai Buluh dan mendapati punca sisa minyak hitam dari sebuah premis tanpa lesen perniagaan yang menjalankan aktiviti jual-beli produk sawit.

“Sebanyak empat persampelan sisa buangan telah diambil untuk dianalisa Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, kertas siasatan juga akan dibuka untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974.

“JAS akan sentiasa memantau aktiviti premis dan semua pemain industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan tidak melakukan sebarang pencemaran.

“Sebarang aduan pencemaran alam sekitar orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol JAS 1800882727 atau membuat aduan secara dalam talian di eaduan.doe.gov.my.” - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.