Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagi Informasi Nothing Ear 1 Didedahkan – Pod Pengecasan Lutsinar, Pengecasan Nirwayar Dan Bateri 570mAh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagi Informasi Nothing Ear 1 Didedahkan – Pod Pengecasan Lutsinar, Pengecasan Nirwayar Dan Bateri 570mAh


Nothing Ear 1 akan dilancarkan pada 27 Julai tidak lama lagi. Ia adalah TWS daripada Nothing yang pertama dan dilihat akan menggunakan rekaan lutsinar seakan Concept 1 dengan bahan binaan plastik, tetapi masih mengekalkan ciri premium. Ear 1 akan hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif dan dijual pada harga $99.

Melalui CNET, beberapa lagi informasi tambahan mengenai set fon telinga nirwayar sebenar Nothing ini telah didedahkan. Ia akan hadir dengan bateri 570mAh pada pod pengecasan, yang mana pod pengecasan ini sendiri turut menggunakan elemen rekaan lutsinar dan plastik. Ruangan pengecasan dilihat ada dua pin untuk setiap satu, tetapi imej fon telinga tidak disediakan. Rekaan jelas kelihatan seakan AirPods Pro, ada bahagian putik telinga, badan utama dan juga tangkai.

Bateri pada setiap fon telinga tidak didedahkan, tetapi dengan ANC ia boleh digunakan sehingga 24 jam dan 36 jam tanpa ANC bersama-sama dengan pod pengecasan. Penggunaan berterusan pula adalah mencapai enam jam dengan ANC selepas 10 minit pengecasan. Ear 1 turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar dan sistem pengecasan pantas.

Walaupun Nothing memandang Apple sebagai pesaing, Ear 1bukanlah produk yang setaraf dengan AirPods Pro. Sebaliknya ia berada dalam kategori premium mampu milik seperti Pixel Buds-A. Ear 1 dihasilkan dengan kerjasama Teenage Engineering iaitu jenama daripada Sweden. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.