Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peniaga, pengunjung lega kedai buku, alat tulis, telekomunikasi kembali beroperasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peniaga, pengunjung lega kedai buku, alat tulis, telekomunikasi kembali beroperasi


 

Orang awam mengunjungi kedai peralatan buku dan alat tulis berikutan kerajaan telah membenarkan beroperasi sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengusaha kedai komputer, telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis menarik nafas lega apabila mendapat sambutan ramai daripada pengunjung selepas dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula semalam.

Selain itu, tinjauan Bernama mendapati ramai pengunjung hadir ke premis perniagaan terbabit bagi mendapatkan barangan keperluan untuk pembelajaran dan bekerja.

Pengusaha syarikat telekomunikasi Mohd Habil Bujang, 21 berkata sambutan pada hari pertama amat memberangsangkan berbanding dengan penjualan secara dalam talian.

“Gajet telekomunikasi pada waktu ini adalah barangan penting bagi pelajar sekolah dan pelajar institut pengajian tinggi yang menjalani pengajian dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya kepada Bernama.

Mohd Habil berkata antara barangan keperluan laris terjual adalah fon telinga, kabel dan kamera sesawang yang melengkapi PdPR di rumah.

Pengusaha kedai alat tulis Kit Liew Yong Jie, 28, berpendapat pembukaan kedai alat tulis membuka ruang bagi peniaga kecil menaikkan penjualan mereka selain daripada jualan dalam talian.

“Penjualan secara dalam talian tidak mendatangkan hasil sama seperti penjualan di kedai fizikal kerana ibu bapa lebih memilih untuk membeli barang secara bersemuka. Pelanggan akan diberikan nombor sebagai langkah untuk memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam kedai,” katanya.

Katanya, bagi mengelakkan terjadi kluster alat tulis hanya 20 pelanggan dibenarkan masuk ke dalam premis dalam satu masa.

Pelanggan kedai berkenaan Che Faridah Che Osman, 54, berkata pembukaan kedai buku dan alat tulis penting kerana ibu bapa dapat membeli buku rujukan, buku latihan dan barang keperluan lain untuk pembelajaran anak-anak.

“Penutupan sektor itu sebelum ini membuatkan ibu bapa terbeban kerana guru akan bagi pelbagai latihan contohnya latihan mewarna untuk anak-anak. Jadi penutupan adalah tidak wajar kerana ia adalah satu kepentingan kerana pembelajaran secara dalam talian masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Tinjauan Bernama juga mendapati kebanyakan ibu bapa mementingkan penggunaan telefon pintar berbanding laptop dan komputer kerana faktor kewangan.

Pemilik syarikat komputer, Murni Abdul Kas, 32 berkata sebelum pembukaan, perniagaan servis komputer terjejas kerana bayaran sewa masih berjalan seperti biasa semasa penutupan kedai selain tidak mendapat sambutan walaupun mengadakan perkhidmatan secara dalam talian berbanding secara bersemuka.

“Servis dalam talian kurang mendapat sambutan kerana pelanggan ingin melihat kualiti dan servis laptop secara praktikal,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata sidang khas MKN bersetuju untuk memberi kebenaran operasi sektor berkenaan selepas mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.