Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yang tak suka bendera putih ni apa hal? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yang tak suka bendera putih ni apa hal?


 

Nik Abduh Nik Aziz, Khairuddin Aman Razali, dan Muhammad Sanusi Md Nor jelas ada isu dengan inisiatif Bendera Putih.

Nik Abduh ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat. Khairuddin menteri dalam pentadbiran Perikatan Nasional. Beliau juga pemimpin PAS. Begitu juga Menteri Besar Kedah, Sanusi.

Adakah pendirian mereka terhadap inisiatif Bendera Putih juga pendirian PAS? Tidak dapat dipastikan kerana sehingga kini parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu tidak mengeluarkan kenyataan terbuka.

Nik Abduh kita tahu tidak mahu rakyat ‘diajar’ mengangkat bendera putih. Sebaliknya menyarankan golongan susah berdoa untuk mendapat bantuan. Tidak perlu dihuraikan apa yang beliau katakan dan reaksi orang ramai termasuk orang Islam yang tahu agama. Semua sudah maklum.

Khairuddin juga meminta penduduk di kawasan Kuala Nerus, di mana beliau Ahli Parlimennya, tidak perlu angkat bendera putih.

Manakala Sanusi pula mengingatkan rakyat Kedah yang terputus bekalan tidak mengibarkan bendera putih kerana terdapat saluran lain boleh diguna.

Khairuddin mahu penduduk Kuala Nerus menghubungi “pasukan kerjanya” untuk mengadu kesusahan yang dialami. Begitu juga Sanusi yang mahu rakyat mengadu kepada kerajaannya menerusi panggilan telefon atau media sosial.

Kalau nak tolong rakyat bagus lah tetapi mengapa tidak mahu orang lain – dalam hal ini inisiatif Bendera Putih – berusaha membantu?

Ada pihak melihat inisiatif Bendera Putih sebagai simbol tidak puas rakyat terhadap tahap bantuan kerajaan. Bukan itu saja. Kerajaan dilihat gagal menangani krisis kesihatan dan ekonomi pada waktu amat mencabar ini.

Apakah anggapan itu tepat? Tindakan pemimpin PAS tadi memberi gambaran kerajaan ‘terasa hati’ dan seolah-olah ‘mencemburui’ gerakan Bendera Putih. Seolah-olah ‘mengakui’ gerakan itu lebih berjaya menolong rakyat berbanding kerajaan. Jika tidak, apa perlunya ‘menyerang’ gerakan itu. Betul tak?

Perhatikan apa kata Sanusi seperti dilapor Utusan Malaysia tempoh hari. Beliau mendakwa gerakan #Bendera Putih “ialah satu propaganda politik untuk memberi persepsi kerajaan telah gagal”.

Namun mungkinkah Sanusi serta sahabat-sahabat dalam PAS marah gerakan Bendera Putih kerana ia dipercayai diasaskan oleh seorang yang bernama Nik Faizah Nik Othman, yang merupakan Timbalan Ketua Wanita Amanah Kelantan?

Kita tahu sentimen PAS terhadap Amanah. Tak perlu ulas lanjut.

Apa pun Zuraida Kamaruddin, juga seorang menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional, tidak pula ada masalah mengumumkan beliau “bersama kempen #benderaputih bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan”.

Menerusi Facebooknya, Zuraida yang kini anggota Bersatu setelah melompat dari PKR, mengulangi kata-kata semangat inisiatif Bendera Putih: “Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera”.

Bagi saya ‘sekurang-kurang’ beliau dapat mengesan rakyat yang memerlukan bantuan berpandukan Bendera Putih yang terkibar. Saya difahamkan Zuraida ada menghantar bantuan. Terima kasih Bendera Putih.

Bagi aktivis termasuk pelukis grafik terkenal Fahmi Reza, si menteri itu “hijack” inisiatif rakyat dan mengambil kesempatan. Itu pandangan Fahmi dan rakan rakan yang semestinya dihormati.

Mungkin Zuraida nampak apa rakan-rakan dalam PAS tidak nampak?

Inisiatif Bendera Putih ialah satu usaha murni yang sudah mendapat sambutan rakyat berbilang kaum – sama ada individu, sektor perniagaan, dan orang politik terutama pembangkang, dan ia terus mendapat sambutan. Ramai golongan susah mendapat manfaat.

Apa yang diperkatakan pemimpin PAS terutama Nik Abduh terhadap inisiatif Bendera Putih membawa kesan ke atas parti – tak kiralah kenyataan mereka dibuat atas sifat peribadi mahu pun pendirian parti.

Menurut laporan FMT beberapa hari lalu, penganalis politik Azmi Hassan dan Awang Azman Awang Pawi mempersoalkan kualiti kepimpinan PAS, terutama sekali peranannya dalam kerajaan.

Tidak boleh dinafikan inisiatif Bendera Putih ialah gerakan rakyat untuk rakyat. Rakyat Malaysia menolong rakyat Malaysia. Memperlekehkannya bererti memperlekehkan rakyat. Menyerangnya ialah menyerang rakyat.

Itu menimbulkan kemarahan rakyat. Ada padahnya bila rakyat marah. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.