Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hantar gambar lucah kepada kanak-kanak, pembantu kedai makan diberkas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hantar gambar lucah kepada kanak-kanak, pembantu kedai makan diberkas


 

Suspek diberkas di sekitar Ajil, Terengganu, pada Sabtu. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang pembantu kedai makan ditahan polis pada Sabtu kerana menghantar gambar kemaluannya menerusi WhatsApp kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 2.45 petang di sekitar Ajil oleh anggota polis dari Hulu Terengganu dan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, lapor Kosmo.

Tangkapan dibuat setelah polis menerima laporan daripada bapa mangsa, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli.

Menurutnya, suspek dan kanak-kanak berkenaan berkenalan melalui kumpulan sembang WhatsApp permainan dalam talian PUBG.

Setelah menghantar gambar kemaluannya, suspek turut meminta kanak-kanak berkenaan membalasnya dengan gambar bogel.

“Polis merampas kad SIM, telefon bimbit dan kad memori (suspek),” katanya semalam.

Suspek yang didapati tiada rekod jenayah mengaku terlibat dan telah direman empat hari bagi membantu siasatan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.