Hi! Welcome Back and Stay Tune! HRPZ II tak tetap sebarang bayaran pengurusan jenazah Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HRPZ II tak tetap sebarang bayaran pengurusan jenazah Covid-19


 

Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali berkata, pengurusan jenazah bukanlah perkhidmatan yang disediakan oleh hospital berkenaan. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menerusi Jabatan Forensik, tidak pernah menetapkan sebarang kos pengurusan jenazah termasuk membabitkan jenazah Covid-19.

Pengarah HRPZ II Dr Selasawati Ghazali dalam kenyataan semalam berkata, pengurusan jenazah bukanlah perkhidmatan yang disediakan oleh HRPZ II.

Bagaimanapun beliau berkata, banyak permintaan untuk menyempurnakan jenazah sekali gus membuatkan pihaknya menyediakan perkhidmatan itu di Jabatan Forensik, tanpa mengenakan bayaran untuk kos fasiliti serta utiliti.

“Sekiranya pihak waris ingin menyempurnakan jenazah di fasiliti kami (HRPZ II), senarai pengurus jenazah yang telah mendapat kelulusan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) ada disediakan. Waris juga bebas untuk membawa pengurus jenazah sendiri,” katanya.

Selasawati berkata kos pengurusan jenazah adalah tertakluk sepenuhnya kepada persetujuan bersama waris dan pihak pengurus jenazah dipilih, dan MAIK juga telah mengeluarkan cadangan kadar kos pengurusan jenazah.

Beliau berkata, urusan bayaran dan pengeluaran resit adalah di antara pengurus jenazah dengan waris, tanpa melalui pihak hospital.

Semalam, laporan sebuah media tempatan memaparkan seorang anak yang kehilangan ibu akibat Covid-19 tampil mendedahkan, beliau antara individu yang terpaksa membayar RM1,400 kos tayamum seperti yang diminta pihak pengurusan di unit forensik sebuah hospital di sini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.