Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selagi PKP, bantuan makanan tetap diteruskan, kata NGO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selagi PKP, bantuan makanan tetap diteruskan, kata NGO


 

Kempen #BenderaPutih yang dilancarkan adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan.

PETALING JAYA: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat mengambil inisiatif menyediakan bank makanan bagi membantu mereka yang memerlukan di saat rakyat dalam kesusahan menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) di sekitar Lembah Klang.

Antara yang mengambil langkah sedemikian seperti selebriti pelawak dan pelakon, Harith Iskander yang menyeru masyarakat supaya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta menyokong gerakan Bendera Putih yang dijalankan sejak Julai lalu.

Harith telah mengambil langkah membantu masyarakat memerlukan melalui pertubuhan NGO kelolaannya, Pertubuhan Harapan Amal Harith Iskander yang mana pihaknya akan cuba sedaya-upaya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Hubungi kami di talian 019 7093103. Kalau boleh, bagi butir-butir seperti alamat dan lokasi, nombor telefon dan sebagainya untuk memudahkan kami mencari mereka yang memerlukan.

“Tidak ada tempoh (bantuan). Ia dah register sebagai NGO dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM),” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Syarikat penyedia perkhidmatan web, Shinjiru Technology Sdn Bhd (Shinjiru) turut mengambil inisiatif membantu masyarakat memerlukan dengan menyediakan bank makanan di Wisma Laxton ketika pelaksanaan PKP di Lembah Klang.

Bank makanan itu yang dilancarkan sejak 21 Julai bagi bertujuan untuk membantu mereka yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.

“Ini termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung diri dan keluarga.

“Oleh itu, Shinjiru telah mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat dengan menyediakan makanan, bahan memasak dan produk kebersihan kepada mereka yang memerlukan,” kata Ketua Pegawai Teknologi Shinjiru, Shaun Lim yang turut mengalu-alukan orang ramai menyumbang.

Bank makanan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang yang terletak di Wisma Laxton, Jalan Desa, Off Jalan Klang Lama, Taman Desa di Kuala Lumpur.

“Yang harus anda lakukan ialah berhenti di lokasi kami dan meninggalkan sumbangan anda di atas meja yang disediakan (diletakkan di sebelah Boost Juice, di hadapan Dita Group),” katanya.

Pada Julai lalu, satu kempen #BenderaPutih dilancarkan sebagai inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan memandangkan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.