Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone 13 Pro Bakal Hadir Dengan Mod Potrait Video, Ciri Rakaman ProRes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone 13 Pro Bakal Hadir Dengan Mod Potrait Video, Ciri Rakaman ProRes


Apple dijangka memperkenalkan iPhone 13 secara rasminya pada bulan September kelak, dan dijangka mengekalkan penawaran empat siri, dua siri iPhone 13 biasa, da dua lagi dibawah siri iPhone 13 Pro.

Terbaru, menurut laporan Bloomberg, iPhone 13 Pro dijangka turut hadir dengan sejumlah penambah-baikkan penggunaan kamera, terutamanya dalam rakaman video.

Seperti ramai sedia maklum, Apple sedia menawarkan ciri rakaman gambar Potrait untuk gambar – yang mengaburkan latar belakang dan memfokuskan kepada wajah pengguna. Ciri ini dijangka akan diperluaskan kepada sokongan video melalui iPhone 13 Pro kelak.

Disamping itu, Apple juga dijangka menambah kebolehan rakaman video ProRes menggunakan iPhone 13 Pro kelak.

Apple ProRes merupakan resolusi berkualiti tinggi untuk video, dan digunakan ramai penerbit video dalam menghasilkan rakaman yang cantik dan berkualiti.

Untuk menjayakan pelbagai ciri rakaman baharu ini, ia akan dikuasakan oleh cip Apple A15 yag lebih berkuasa berbanding cip Apple hari ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut pada bulan September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Apple.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.