Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Pulangkan Wang Pembelian Kepada Pembeli Xiaomi 1 – Menghargai Sokongan, Tiada Xiaomi Tanpa Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Pulangkan Wang Pembelian Kepada Pembeli Xiaomi 1 – Menghargai Sokongan, Tiada Xiaomi Tanpa Mereka


Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi 1 secara rasminya pada 16 Ogos 2011 yang lepas, dan kini bersempena dengan ulang-tahun ke-10, Xiaomi membuat pengumuman kejutan kepada para penyokong terawal mereka.

Lei Jun hari ini mengambil pentas utama dalam memperkenalkan sejumlah produk baharu ke pasaran, dan pada masa yang sama mengumumkan penghargaan untuk pengguna dan penyokong jenama Xiaomi.

Kini, Xiaomi telah menjadi antara syarikat terkemuka dunia, dan menduduki tangga kedua pengeluar peranti dunia. Namun, segalanya tidak akan bermula tanpa sokongan pembeli terawal jenama berkenaan.

Selari dengannya, Lei Jun mengumumkan kejutan dan mengatakan akan memberikan angpau bernilai 1999 Yuan untuk pembeli Xiaomi Mi 1.

Xiaomi mengatakan ketika Xiaomi 1 dijual pada harga 1999 Yuan, sebanyak 184,600 unit telah terjual, dan menjana pendapatan sebanyak 370 juta Yuan – iaitu pendapatan pertama Xiaomi. Pendapatan berkenaan telah membawa kepada perkembangan syarikat, sehingga ke hari ini.

Pembeli Xiaomi 1 boleh ke Mi Mall, dan mendapatkan angpau 1999 Yuan mereka. Disamping itu, pada ulang-tahunnya, 16 Ogos ini, pembeli berkaitan turut boleh membeli apa sahaja di Xiaomi Mall tanpa sebarang had dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.