Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi terbongkar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi terbongkar


 

Bagi kegiatan seleweng minyak bersubsidi, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. (Gambar KPDNHEP)

PETALING JAYA: Satu kegiatan penyelewengan minyak masak peket bersubsidi 1kg terbongkar selepas sebuah stor diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Limau Manis, Bukit Mertajam semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, penguat kuasa KPDNHEP merampas 2.4 metrik tan minyak masak dan empat metrik tan minyak diesel dianggarkan bernilai RM28,000 termasuk sebuah lori.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai memotong plastik minyak masak bersubsidi 1kg sebelum memindahkan ke tangki fiber.

Katanya, serbuan ke atas stor berkenaan dibuat selepas KPDNHEP menjalankan risikan selama sebulan berikutan mendapat aduan daripada orang ramai.

“Dalam serbuan berkenaan, selain mengesan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi, kita turut menemui minyak diesel yang dipercayai tidak mempunyai lesen atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ridzuan berkata, susulan itu pasukan serbuan membuat tangkapan ke atas ketiga-tiga individu yang berada di premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta untuk kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.