Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes rasuah Datuk Bandar: ‘Orang tengah’ ditahan SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes rasuah Datuk Bandar: ‘Orang tengah’ ditahan SPRM


Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pagi ini.

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki disyaki menjadi “orang tengah” kepada Datuk Bandar sebuah PBT yang ditahan reman sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Menurut sumber SPRM, siasatan mendapati suspek bertindak sebagai “orang tengah” bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan bagi kelulusan kerja untuk projek-projek yang dikeluarkan pihak PBT pada tahun lepas dan tahun ini.

Suspek, seorang pesara berusia 60 tahun, ditahan kira-kira 9 malam semalam di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan, menurut sumber.

Sumber berkata, kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 (mana-mana lebih tinggi) dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Pada Rabu, FMT melaporkan seorang Datuk Bandar yang ditahan SPRM direman tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim membenarkan permohonan SPRM yang dibuat berhubung pegawai kanan kerajaan negeri yang berusia 60 tahun itu.

Pada Selasa, SPRM dilaporkan menahan bekas Datuk Bandar Iskandar Puteri pada kira-kira 3 petang di pejabat SPRM Johor.

Beliau yang kini bertugas sebagai Datuk Bandar di sebuah lagi PBT negeri itu ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang dikatakan berlaku ketika beliau menjawat jawatan sama di PBT lain.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan bawah kendalian PBT sewaktu menjadi Datuk Bandar. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.