Markah Aplikasi Di Google Play Store Akan Berbeza Mengikut Negara dan Jenis Peranti Bermula Penghujung 2021
Sistem operasi tanpa aplikasi adalah kombinasi yang boleh membunuh. Inilah yang berlaku kepada Windows Phone, Symbian Asha dan Blackberry 10. Tetapi dengan adanya aplikasi sekalipun, ia tidak menjamin ia boleh berfungsi dengan baik pada peranti yang digunakan. Bagi mengelakkan aplikasi yang teruk dimuat turun pada peranti, Google Play Store akan mengubah paparan markah aplikasi mengikut negara dan jenis peranti bermula 2022.
Bermula November 2021, markah aplikasi dipaparkan berdasarkan yang diberikan oleh pengguna tempatan. Pengguna akan mengetahui sama ada terdapat kekurangan ciri atau isu khusus pada aplikasi di negara mereka. Markah berdasarkan jenis peranti (telefon, tablet, Chromebook atau peranti boleh-pakai) pula akan diapaprkan awal 2022. Ini juga penting kerana kita tahu kadang kala aplikasi berfungsi baik dengan cip X tetapi tidak dengan cip Y kerana kemampuan memproses yang berbeza dan juga saiz skrin.
Apabila kedua-dua kriteria ini diambil kiri, pengguna akan mendapat gambaran lebih tepat sama ada aplikasi yang akan dimuat turun berbaloi atau sekadar menghabiskan kuota data serta storan semata-mata.
Sumber Android Developer
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
? Hit This Link To Find Out More On Their Articles...??♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment