Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabah terima kumpulan pertama vaksin CanSino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabah terima kumpulan pertama vaksin CanSino


 

Terdahulu, kerajaan negeri Sabah mengemukakan permohonan agar negeri itu diberi keutamaan untuk menerima CanSino dan telah memohon 1.8 juta dos vaksin jenis itu kepada kerajaan persekutuan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sabah menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya vaksin dos tunggal itu dijangka turut diterima pada bulan ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata vaksin itu dapat membantu melancarkan program vaksinasi di Sabah dan sehingga Isnin, lebih 1.46 juta penduduk di negeri itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 manakala 866,228 orang lagi telah melengkapkan dua dos suntikan.

“Kadar vaksinasi orang dewasa iaitu 18 tahun dan lebih di Sabah telah mencapai 53.3% (dos pertama) dan 31.4% daripada mereka telah menerima dua dos lengkap,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mengemukakan permohonan agar Sabah diberi keutamaan untuk menerima CanSino dan telah memohon 1.8 juta dos vaksin jenis itu kepada kerajaan persekutuan.

Rose berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan kerajaan negeri terus mempergiat vaksinasi di kawasan pedalaman dan sukar dicapai selain terus membuka pusat pemberian vaksin secara jumpa terus.

Beliau berkata berdasarkan data jabatan itu, sebanyak 80% hingga 90% pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) merupakan individu yang tidak divaksin, oleh itu, beliau menyeru agar semua penduduk mendapatkan vaksinasi.

“Pada masa ini, jangkitan Covid-19 telah pun berleluasa dalam komuniti, semua orang berisiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Pada masa ini juga, tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama menghalang penyebaran virus ini.

Mengulas kes lambat daftar, Rose berkata ia terjadi apabila kes yang dikesan meningkat mengakibatkan beban ujian makmal dan kerja petugas turut meningkat.

Katanya sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan sedang dilakukan termasuk penyumberluaran, meningkatkan jumlah anggota yang menjalankan ujian, memanjangkan waktu bertugas di makmal sehingga 12 tengah malam dan meningkatkan keupayaan ujian secara teknikal. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.