Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus 9 RT Akan Dilancarkan Oktober Ini – Peranti Pertama OnePlus Dengan Oxygen OS 12 Berasaskan Android 12 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus 9 RT Akan Dilancarkan Oktober Ini – Peranti Pertama OnePlus Dengan Oxygen OS 12 Berasaskan Android 12


OnePlus 9R adalah peranti “mercu” mampu milik daripada yang dipasarkan secara eksklusif di India dan di China. Peranti ini dijana Snapdragon 870, menggunakan skrin rata 6.55 AMOLED FHD+, mempunyai memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4500 mAh.

Peranti menggunakan elemen rekaan OnePlus 9 dan dijual pada harga lebih kurang OnePlus 8T. Terkini menurut Android Central, OnePlus akan melancarkan sebuah lagi peranti OnePlus 9 pada bukan Oktober akan datang. Peranti yang akan dilancarkan ini adalah OnePlus 9 RT.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan spesifikasi lebih kurang sama dengan OnePlus 9R, iaitu Snapdragon 870, skrin AMOLED 120Hz 6.55″ dan bateri 4500mAh. Membezakan peranti ini dengan OnePlus 9R adalah, peranti ini akan menjadi peranti OnePlus pertama hadir dengan Oxygen OS 12 yang berasaskan Android 12. Tetapi pada kamera utama, sensor 48MP akan digantikan dengan sensor sama pada OnePlus 9 dan OnePlus Nord 2 – 50MP Sony IMX766. Memandangkan tiada OnePus 9T tahun ini, OnePlus 9 RT ini mungkin adalah penggantinya.

Menurut Android Central yang sedang menguji Oxygen OS 12 versi tertutup, antaramuka yang digunakan adalah mirip Color OS tetapi dengan ciri dan fungsi daripada OnePlus seperti pelancar OnePlus Launcher, mempunyai Zen Mode, fungsi OnePlus Shelf, ciri Work-Life Balance dan lain-lain daripada Oxygen OS asal.

Jadi tiada rekaan Material You baharu yang diperkenalkan Google pada Andorid 12 untuk OnePlus. Oxygen OS 12 versi tertutup ini juga masih penuh dengan pepijat yang sama dengan Android 12 beta pada Pixel. Harapnya pada versi pelancaran nanti, ia sudah stabil dan sedia digunakan dengan baik.

Peranti ini juga dikatakan akan dijual di India dan di China sahaja. Tiada harga, tetapi jika benar ia adalah berasaskan OnePlus 9R ia mungkin dijual pada harga sekitar ₹39,999 (~RM2273) untuk versi 8/128 GB dan ₹43,999 (~RM2501). Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.