Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Melaka kini boleh kitar semula botol kaca melalui Program KITARecycle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Melaka kini boleh kitar semula botol kaca melalui Program KITARecycle


 

Botol kaca yang telah dilekatkan kod QR dan poster KITARecycle. (Gambar SMW Environment)

Penduduk di negeri Melaka kini boleh mula mengumpul botol kaca terpakai untuk dikitar semula dan seterusnya menikmati mata ganjaran melalui program KITARecycle.

Program yang diperkenalkan oleh SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) ini menerima barangan berasaskan botol kaca seperti botol kicap, botol sos dan botol minuman bersama 24 barangan kitar semula lain untuk dikitar semula.

Dengan meningkatnya aktiviti kitar semula, penduduk negeri Melaka bukan sahaja dapat menyumbang kepada pengurangan janaan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan, malah berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk mata ganjaran KITARecycle yang kemudiannya boleh ditebus kepada wang ringgit.

Penduduk di negeri Melaka hanya perlu mendaftar sebagai ahli KITARecycle secara percuma melalui laman web www.KITARecycle.com atau memuat turun aplikasi KITARecycle di Apple Apps Store dan Google Play Store.

Kemudian, ahli KITARecycle hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah sebelum mengumpulkan botol kaca untuk dikitar semula iaitu:

1. Pastikan botol kaca tersebut masih dalam keadaan sempurna dan tidak pecah. Botol kaca perlu dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan penutup botol perlu diasingkan.

2. Kemudian, letakkan botol kaca yang telah ditampal kod QR KITARecycle di dalam bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam sangkar kitar semula KITARecycle kategori ‘Lain-lain’ di lokasi yang telah ditetapkan.

Selain dari sangkar KITARecycle, botol kaca yang telah ditampal kod QR KITARecycle juga boleh diletakkan di tepi tong sampah beroda di kediaman masing-masing pada hari kutipan +1 seminggu sekali mengikut jadual kutipan bagi barangan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal.

Pasukan 3R Troopers SWM Environment yang melaksanakan kutipan barangan kitar semula di semua sangkar KITARecycle beroperasi seperti biasa di sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), Fasa 1.

Untuk mengetahui lokasi sangkar KITARecycle berhampiran, anda boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.