Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reformasi politik bagi peruntukan sama rata wakil kerajaan, pembangkang, kata Fahmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reformasi politik bagi peruntukan sama rata wakil kerajaan, pembangkang, kata Fahmi


 

Ahli politik kerajaan dan pembangkang senada perlu ada kemahuan politik mengagih peruntukan sama rata tidak mengira blok kerajaan mahupun pembangkang.

PETALING JAYA: Peruntukan sama rata tanpa mengira wakil kerajaan mahupun pembangkang dipersetujui secara konsensus dalam usaha memperbaharui fungsi demokrasi di negara ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Fadzil, berkata sudah tiba masanya Parlimen melakukan reformasi bagi semua wakil rakyat menerima peruntukan sama rata membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Katanya, peruntukan tidak sama rata menyebabkan Ahli Parlimen terbatas untuk membantu rakyat susah.

“Harapan saya ialah satu hari nanti kita dapat bawa satu reformasi ke Parlimen, bagi membolehkan Ahli Parlimen menerima jumlah sama rata peruntukan untuk kita bantu sama ada memberi bakul makanan, bantu anak belajar supaya kita betul-betul dapat menyelesaikan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ruang bicara Bernama bertajuk ‘Yb buat apa untuk rakyat’ ketika ditanya sama ada peruntukan diberikan kerajaan kepada wakil rakyat mencukupi atau sebaliknya.

Fahmi mengakui pengumuman dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi pelaksanaan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19 sebagai langkah baik.

“Cuma kalau boleh dana itu disalur melalui peruntukan Parlimen bukannya dari ehsan perdana menteri,” katanya.

Cadangan Fahmi turut disokong Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Zawawi Nik Salleh sambil memaklumkan ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan masalah sama berlaku apabila wakil pembangkang tidak menerima peruntukan sama rata berbanding kerajaan.

“Masa kita jadi pembangkang kita bangkit perkara sama supaya peruntukan sama rata, tapi pihak kerajaan waktu itu kata kalau nak sama rata kena berhijrah belah sini, bagi saya cadangan sama rata itu baik dan ia perlu dibuat betul-betul supaya nampak praktikal dan benar berlaku, untuk memastikan proses ini berjaya saya berpendapat perlu ada keserasian antara kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Turut senada ialah Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu, menyifatkan penting wakil rakyat melaksanakan tugas dengan sempurna bila menerima peruntukan sama rata.

Namun, beliau mengakui perkara itu tidak berlaku ketika PH memerintah termasuk sewaktu beliau menjadi menteri besar Perak daripada PH apabila wakil PKR dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan memberi peruntukan sama rata kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang daripada Umno dan PAS.

“Contohnya waktu saya menjadi menteri besar Perak dalam PH, apabila saya nak beri bantuan peruntukan sama rata kepada semua ADUN di Perak, rakan dari PKR, DAP tak setuju, apabila saya jadi menteri besar PN, semasa pendemik saya beri sama rata kepada semua Adun kerajaan dan pembangkang.

“Jadi cadangan dari YB Fahmi baik, tapi kalau boleh buat juga di Selangor dan Pulau Pinang beri peruntukan sama rata, ia amat baik,” katanya.

Turut menjadi Ahli Panel ialah, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.